Ambil Aura

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.

Dalam beberapa situasi drama kehidupan, sering kita dengar atau sendiri menyebut ayat ini, 'ambil aura'.

Berjumpa dengan orang yang hebat, kita nak bersalam, alasan nak ambil aura.

Bergambar di pelamin dengan alasan nak ambil aura.

Mengangkat bayi orang lain dengan alasan ambil aura.

Semua ini adalah bermaksud untuk mendapat benda atau mengalami situasi  yang sama dengan orang lain. Ada yang berjaya, ada yang tidak.

Ketika kita sedang mengambil aura, kita sebenarnya sedang meniru getaran hati orang lain atau sedang bergetar pada frekuensi yang sama.

Aura adalah vibrasi, sesuatu yang tidak dilihat tetapi dirasa. Dipancarkan dari hati dan diterima oleh hati yang lain pula.

Dalam 'Carta Kesedaran' yang dibuat oleh Doktor David Hawkins, hati manusia bergetar pada 17 frekuensi. 8 getaran paksaan atau force dan 9 getaran berkuasa atau power. Setiap frekuensi mempunyai skala atau markah yang menjadi ukuran. Semakin tinggi markahnya semakin kuat lah auranya.


Merujuk kepada carta kesedaran ini, perasaan malu menduduki tempat paling bawah dengan markah 20 sahaja, manakala pencerahan menduduki tempat paling atas dengan markah 700 hingga 1000.

Seseorang yang bergetar dengan perasaan force seperti malu, marah dan bersalah, mengalami pengecutan aura.  Akibatnya semua yang dia lakukan tidak menjadi atau terpaksa dilakukan dengan sekuat dayanya. Sedangkan orang-orang yang bergetar pada frekuensi tinggi hanya membuat benda yang sama dengan santai tetapi mendapat hasil yang cemerlang.

Dengan bergetar tinggi, seseorang hidup dengan tenang, sihat dan bahagia. Jagalah hati dan aura supaya selalu bergetar tinggi.

Elakkan beremosi rendah dan negatif dengan drama t.v yang selalu memaparkan babak-babak kecewa, menakutkan dan membuat penonton marah kerana pengkhianatan dan kezaliman yang menimpa watak dalam drama tersebut.

Kerana ikut beremosi dengan drama t.v, kita sudah meniru getaran perasaan yang membuat aura mengecut, kita sudah ambil aura kesedihan tersebut. Jika kita meniru dengan jayanya, maka tunggu lah babak-babak kekecewaan dan kesedihan atau situasi yang membuat kita marah itu terjadi kepada kita sendiri, kita sudah ambil auranya.

Ada juga situasi kehidupan atau babak-babak t.v yang sangat berkesan di hati kita dan susah untuk dielak dari tidak terasa di hati. Akhirnya kita terjebak untuk bergetar rendah pada frekuensi-frekuensi force.

Bagaimanakah caranya untuk berpindah frekuensi? Anda suda tahu anda berada di frekuensi force dan mahu segera bergetar lebih tinggi dan meninggalkan jebakan force itu?

1. Ubah pernafasan
Teknik ini digunapakai dalam induksi hipnosis supaya klien bertukar frekuensi dan senang diterapi. Anda hanya perlu tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Lakukan sehingga tenang.


2. Mengucapkan syukur 
Bersyukur adalah perasaan merasa sangat berterima kasih kepada Tuhan dan merasa cukup. Getaran syukur sangat ajaib.


Cara yang lain ialah seperti ho'oponopono, istigfar, wudhuk, solat, meditasi dan sebagainya.

Dengan cara-cara yang disebutkan ini, anda kembali kosong dan mudah berpindah ke getaran yang lebih tinggi. Dari ammarah ke muthmainnah. Dari alpha ke omega.

Gembira dengan kejayaan dan kebahagiaan orang lain juga bermaksud kita sudah mengambil aura kejayaan dan kebahagiaannya, kata guru saya doktor Ahmad Yusri, ucapkan 'Seronoknya!' setiap kali melihat dan mendengar kejayaan dan kebahagiaan orang lain.

Sebenarnya dengan klik like pada post yang kita suka atau setuju di media sosial juga, kita sudah bergetar dengan frekuensi yang sama dengan post itu, atau dalam bahasa mudah, kita sudah ambil auranya.

Selamat mengambil aura yang baik-baik, selamat bergetar tinggi setiap hari.

I'm sorry 
Please forgive me 

I love you 
Thank you


❤ Nooren Aman 
Vibrasi Cinta Kasih

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Ambil Aura"

Catat Ulasan